19 TANDA KEMATIAN YANG MULIA (KHUSNUL KHOTIMAH)
Pertama: Mereka yang dapat mengucapkan syahadah menjelang
kematian sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis sahih, antaranya Rasulullah
SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang ucapan terakhirnya ‘Laa ilaaha
illallah’, maka dia masuk syurga.” (Hadis Hasan)
Ke-2: Kematian yang disertai dengan basahnya kening dengan
keringat atau peluh berdasarkan hadis Buraidah bin Hushaib r.a: Dari Buraidah
bin Khusaib RA bahawa ketika dia berada di Khurasan sedang membesuk seorang
sahabatnya yang sakit dia mendapatinya sudah meninggal tiba-tiba keningnya
berkeringat maka dia berkata: “Allahu Akbar!, aku mendengar Rasulullah SAW
bersabda yang bermaksud: “Kematian seorang mukmin disertai keringat di
keningnya.” (Hadis Sahih)
Ke-3: Mereka yang (baik-baik dan soleh) meninggal dunia pada
malam Jumaat atau siangnya berdasarkan sabda Rasulullah SAW: “Tidaklah seorang
Muslim yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan Allah
melindunginya daripada seksa kubur.”
Ke-4: Meninggal dalam keadaan syahid di medan perang sebagaimana
artinya: “Dan janganlah sekali-kali kamu mengira bahawa orang-orang yang
terbunuh di jalan Allah mati, tetapi mereka hidup diberi rezeki di sisi Tuhan
mereka. Mereka bergembira dengan kurnia yang diberikan Allah kepada mereka dan
memberi khabar gembira kepada orang yang belum mengikuti mereka di belakang
janganlah mereka takut dan sedih. Mereka memberi khabar gembira dengan
kenikmatan dari Allah dan kurniaNya dan bahawa Allah tidak mensia-siakan
balasan bagi orang-orang beriman.” (QS Ali Imran:169-171)
Rasulullah SAW juga pernah bersabda: “Orang yang syahid
mendapatkan enam perkara: Diampuni dosanya sejak titisan darahnya yang pertama;
diperlihatkan tempatnya dalam syurga; dijauhkan dari seksa kubur; diberi
keamanan dari goncangan yang dahsyat di hari kiamat; dipakaikan mahkota
keimanan; dinikahkan dengan bidadari syurga; diizinkan memberi syafaat bagi
tujuh puluh anggota keluarganya.”
Ke-5: Mereka yang meninggal dunia ketika berjuang di jalan
Allah (bukan terbunuh) berdasarkan sabda Rasulullah SAW: “Apa yang kalian nilai
sebagai syahid antara kalian? Mereka berkata: Ya Rasulullah, siapa yang
terbunuh di jalan Allah, maka dia syahid. Beliau berkata: Jadi sesungguhnya
syuhada’ umatku sedikit.” Mereka berkata: “Lalu siapa mereka Ya Rasulullah?” Baginda
bersabda: “Barang siapa yang terbunuh di jalan Allah syahid, barang siapa yang
mati di jalan Allah syahid, barang siapa yang mati kerana wabak taun syahid,
barang siapa yang mati kerana penyakit perut syahid dan orang yang tenggelam
syahid.”
Ke-6: Mati kerana satu wabah penyakit tahun berdasarkan
beberapa hadis antaranya: Rasulullah SAW bersabda: “Wabah tahun adalah
kesyahidan bagi setiap Muslim.”
Daripada Aisyah RA, ia bertanya kepada Rasulullah mengenai
wabak taun. Rasulullah SAW menerangkan bahawa wabak taun itu adalah satu azab
(bala) daripada Allah yang diantar kepada siapa yang dikehendakinya, dan Allah
menjadikannya sebagai rahmat bagi hambanya yang beriman. Maka seseorang
(Mukmin) yang berada di daerah yang ditimpa wabak taun, dan terus tinggal di
situ dan bersabar menghadapi bala itu serta mengetahui yang dia tidak akan
terkena kecuali menurut apa yang telah ditentukan Allah. Baginya pahala seperti
pahala orang yang mati syahid.
Ke-7: Mereka yang mati kerana penyakit dalam perut
berdasarkan hadis di atas.
Ke-8 dan ke-9: Mereka yang mati kerana tenggelam dan terkena
runtuhan berdasarkan sabda Nabi SAW: “Syuhada ada lima: yang mati kerana wabak
taun, karena penyakit perut, yang tenggelam, yang terkena runtuhan dan yang
syahid di jalan Allah.”
Ke-10: Matinya seorang wanita dalam nifasnya disebabkan
melahirkan anaknya: Dari Ubadah bin Shamit RA bahawa Rasulullah SAW menjenguk
Abdullah bin Rawahah RA dan berkata: Beliau tidak berpindah dari tempat
tidurnya lalu berkata: “Tahukah kamu siapa syuhada’ dari umatku?” Mereka
berkata: “Terbunuhnya seorang Muslim adalah syahid.” Baginda berkata: “Jadi
sesungguhnya para syuhada’ umatku, terbunuhnya seorang Muslim syahid, mati
kerana wabak taun syahid, wanita yang mati kerana janinnya syahid (ditarik oleh
anaknya dengan tali arinya ke syurga).”
Ke-11 dan ke-12: Mereka yang mati karena terbakar dan sakit
bengkak panas yang menimpa selaput dada di tulang rusuk, ada beberapa hadis
yang terkait yang paling masyhur: Dari Jabir bin ‘Atik dengan sanad marfu’:
“Syuhada’ ada tujuh selain terbunuh di jalan Allah: yang mati kerana wabak taun
syahid; yang tenggelam syahid; yang mati kerana sakit bengkak yang panas pada
selaput dada syahid; yang sakit perut syahid; yang mati terbakar syahid; yang
mati terkena runtuhan syahid; dan wanita yang mati setelah melahirkan syahid.”
Ke-13: Mereka yang mati kerana sakit TB berdasarkan hadis:
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Terbunuh di jalan Allah syahid, wanita
yang mati kerana melahirkan syahid, orang yang terbakar syahid, orang yang
tenggelam syahid, dan yang mati kerana sakit TB syahid, yang mati kerana sakit
perut syahid.” (Hadis Hasan)
Ke-14: Mereka yang mati kerana mempertahankan hartanya yang
hendak dirampas. Dalam hal itu ada beberapa hadis di antaranya: Rasulullah SAW
bersabda: “Barang siapa yang terbunuh kerana hartanya (dalam riwayat: barang
siapa yang hartanya diambil tidak dengan alasan yang benar lalu dia
mempertahankannya dan terbunuh,) maka dia syahid.”
Ke-15 dan ke-16: Mereka yang mati kerana mempertahankan
agama dan dirinya: Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang terbunuh kerana
hartanya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana keluarganya syahid, barang
siapa yang terbunuh kerana agamanya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana
darahnya syahid.”
Ke-17: Mereka yang mati dalam keadaan ribath (berjaga-jaga
di perbatasan) di jalan Allah. Ada dua hadis dalam hal itu salah satunya:
Rasulullah SAW bersabda: “Ribath sehari semalam lebih baik dari berpuasa dan
qiyamullail selama sebulan, dan jika mati maka akan dijalankan untuknya amalan
yang biasa dikerjakannya, akan dijalankan rezekinya dan diamankan dari fitnah.”
Ke-18: Mati ketika melakukan amal soleh berdasarkan hadis
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang mengucapkan: ‘Laa
ilaaha illallah’ mengharapkan wajah Allah lalu wafat setelah mengucapkannya
maka dia masuk syurga, barang siapa berpuasa satu hari mengharapkan wajah Allah
lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga, barang siapa yang
bersedekah dengan satu sedekah mengharapkan wajah Allah lalu wafat ketika
mengerjakannya maka dia masuk syurga.”
Ke-19: Mereka yang dibunuh oleh penguasa yang zalim kerana
memberi nasihat kepadanya: Rasulullah SAW bersabda: “Penghulu para syuhada’
adalah Hamzah bin Abdul Mutalib dan seseorang yang mendatangi penguasa yang
zalim, lalu dia memerintahkan yang baik dan melarang dari yang mungkar lalu dia
dibunuhnya.” Hadis dikeluarkan oleh Al-Hakim dan disahihkannya, dan Al Khatib.
Semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati kita yang telah
lama terkunci dan semoga yang Like & Bagikan meninggal dalam keadaan
khusnul khotimah ♥
Aamiiiin...
Sumber
:http://wawa-doank.blogspot.co.id/2013/04/19-tanda-kematian-yang-mulia-khusnul.html
loading...
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa